Pages

Tuesday, 21 May 2013

ANDAI INI TERJADI ^_-


                                                      
Assalamualaikum =)

Setiap dari manusia terlibat dengan muamalah, terutama sekali melibatkan komunikasi dan perhubungan dengan orang lain dalam lingkaran kehidupan kita sendiri. Oleh itu  anda perlulah berhati-hati kerana mungkin anda tidak pernah terbayangkan jika satu hari nanti rakan terbaik anda akan mengkhianati kamu ( dah pernah ada pengalaman berapa tahun dahulu).. masa itu menangis tak berlagulah… apapun yang kamu nak katakan sudah tidak berguna lagi… terasa waktu terhenti seketika..menangis, stress hahaha (jahat tak)… gud bye lah. punah segala harapan… lebih sadis lagi, bila mereka mencantas usaha anda dan memburuk-burukkan anda dibelakang tanpa anda sedari… ketika itu berlaku.. kembalilah kepada tuhan, bacalah al-quran... tak mau stress-stress, jangan kalut-kalut.



 Mengadulah pada ALLAH mungkin kamu terlupa sesuatu, atau kamu telah alpa untuk mengadu pada pencipta dikala kamu mempunyai rakan baik mu itu.. so, jangan putus harapan. Kerana yakinlah allah pasti akan mengurniakan kamu seorang sahabat yang lebih baik dari rakan baikmu itu. Jadi kalau nak berrakan baik pun berpada-padalah, kalau dia sahabat baik maka dia akan menjaga maruah mu… dan ujilah sahabat mu itu dulu yeeeee…=)

P/S : "Istighfar, baca al-quran,solat dan bersangka baiklah kepada ALLAH dan orang lain"[PEACENOWAR]

Wednesday, 15 May 2013

AMIN...=)


بسم الله الرحمن الرحيم



Ya Allah,

Sesungguhnya engkaulah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih…

Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu agar ditiupkan keberanian dan kekuatan ke dalam jiwa-jiwa kami untuk  mengatasi cabaran dan dugaan dalam kehidupan pada masa akan datang…


 


 Ya Allah bantulah kami dalam melestarikan cita-cita agama, negara di samping menunaikan kewajipan kami sebagai pelajar...  semoga dapatlah kami mengharungi segalanya… dengan izin-Mu






Ya Allah selamatkanlah kami dari tipu daya dunia dan fitnah mereka-mereka yang mendengki kami…
Sesungguhnya, engkau yang memegang takdir kami.. amin…Ya Rabb..

Monday, 13 May 2013

Terdetik seketika...


Asalamualaikum,….
Ini adalah kali pertama ana menulis dan memaparkan ia ke laman sosial… jadi secara peribadinya ana memohon maaf sekiranya apa yang bakal ana katakan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak selesa atau kurang senang di kalangan pembaca sekalian.
Di sini  ana ingin berkongsi sedikit cerita mengenai satu peristiwa. Hal ini berlaku di sekitar kampung ana. Bila anak-anak gadis sibuk dengan rambut berfesyen, dan anak muda pula dengan rambut warna-warni mereka. Sekilas pandang, dah macam pelangi kalau dilihat dari jauh.
  "Tak payah nak pakai tudung atau solat semua, kalau hati tak ikhlas same je".
Ana hanya menggeleng waktu kenalan ana ni jawab macam tu. Mengucap dalam hati. Dah macam tak ada pegangan agama. Berat sangat ni…
"Tapi enti, perkara wajib ni kita wajib buat walaupun terpaksa. InsyaAllah, ikhlas itu akan datang kemudian. Kalau rasa tak ikhlas juga, cuba minta dan pohon betul-betul pada Allah". Jawabku. Aku lihat dia memandangku kosong.
"Tapi, takde paksaan dalam islamkan?" Bidasnya semula.
"Sebenarnya enti, ayat tu menjelaskan memang takde paksaan dalam memilih agama. Tapi, bila enti dah memeluk islam ada beberapa perkara yang menjadi tuntutan wajib untuk dilaksanakan oleh seorang muslim". Sekarang aku lihat dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Takpun, kita buat macam ni. Esok enti free tak, ana nak ajak enti jumpa kakak  senior ana. InsyaAllah, dia mampu untuk jelaskan pada enti". Aku menunggu respon dari kenalan ana itu. Sebenarnya, hajat ana nak ajak dia pergi usrah sekali. He3…
Akhirnya dia mengangguk lambat-lambat. "Boleh juga". Katanya.
Dari situ aku membuat kesimpulan. Masyarakat hari ini bukannya tidak mahu untuk beruba tapi mereka memerlukan orang-orang seperti kita untuk menunjukkan mereka wasilah yang betul.
Mungkin dia(kenalan) tak sedar atau tidak pernah tahu sebenarnya, sesetengah perkara yang wajib itu, kadangkala perlu kepada paksaan dan insyaallah ikhlas itu akan menyusul kemudian. Mungkin dalam tidak disedari, dosa silam kitalah yang menyumbang kepada perkara itu berlaku. Cuba renung-renungkan… kita ni hanya manusia biasa. Matlamat hidup kita di dunia ini untuk mendapat keredaan dari Allah. Sebagaimana firman Allah:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku” 
(Adz-Dzariyat: 56)

Siapa kita? Dari mana kita datang? Kemana kita kembali? Untuk apa kita diciptakan?. Fikir-fikirkanlah bersama… semoga nukilan ringkas ini mampu menjentik hati kecil kita untuk menilai.
P/s: Don't  judge people easily, but try to approach them.=) [ PEACE NO WAR] heeeee.