RAGAM BERBUKA... =b
Berjalan bersama kakak menyelusuri kawasan bazar ramadhan dekat
perak ini… banyak hidangan menghiasi tubir
mata ketika itu… Ana tersenyum sendirian sambil
menjerit-jerit dalam hati…"Nak yang tu.. em.. yang tu
sedap juga… eh colourfulnya kuih tu
mesti sedap".
S ambil tu kakak menggeleng di sebelah ana… "H ehehe… naf su-naf su. Macam nak makan semua.. tapi tak
taulah boleh habiskan ke tidak". Ujar kakak sambil tersengih. Ana membetulkan
tudung di kepala. ehe kakak ni macam tau-tau jak apa yang ana tengah fikirkan.
"Ada sesetengah Negara yang sambut ramadhan dengan sangat
dhaif, entah ada makanan ke tidak untuk berbuka dan sahur nanti" Tambahnya
lagi… terbayang di kepala keadaan saudara-saudara seislam yang
memperjuangkan islam dalam medan jihad. Tapi, kat negara kita pun masih ramai
yang miskin dan dhaif. Ah… culasnya Ana, masa berbuka
semacam adat pula nak meraihkan kemenangan selepas seharian berpuasa sedangkan
sepatutnya inilah masa untuk mengekang nafsu dan mendidik diri. Menyelami kepahitan
mereka yang kesusahan.
"Air tebu tu macam sedap kan. Jom" Kak Gie menarik
tangan Ana ke gerai dihadapan kami.
"Tapi, air jagung pun sedap jugak" Pintas Ana laju
sambil tersenyum memandangnya. Bukan apa, kecur liur terpandang air yang menjadi kegemaran Ana
jika berbuka puasa itu… biasanya hari-hari lain tak adalah
pulak nak minum.. tapi time puasa ni pulak lah selera menjadi-jadi. Kak
Gie gelak geli hati. "Kita beli dua-dua" Bisiknya. Ah sayangnya ngan
kakak...hihihi.
"Nanti kita telef on kat rumah… rasanya sekarang kat sana dah berbuka kan."
"Yup… mesti mak risau kat kita"
Maklumlah anak-anak di perantauan kena call rumah hari-hari. Kadang-kadang
segan jugak.. asal call, mesti mak tanya "Ada duit belanja ke
tidak?". "Ada mak… mak ni kami call sebab
rindu nak dengar suara mak bukan nak minta duit belanja. H uhuhu". Tapi nak
buat camne, hati seorang ibu mestilah macam tu… " Kami sayang Mak… selamat berbuka
puasa semua adik-beradik dan f amily yang jauh dari mata...
S edikit perkongsian untuk diri aku, dia dan kamu:
Perkara-perkara sunat
puasa:
Ø
membanyakkan membaca al-Quran
Ø
mandi junub sebelum fajar
Ø
melewatkan sahur waktu imsak
Ø
berbuka dengan buah tamar dan benda manis
Ø
membanyakkan sedekah
Ø
solat terawih
Ø
segera berbuka bila masuk waktu
Perkara-perkara makruh
puasa
Ø
berkumur-kumur dengan keterlaluan
Ø
merasa makanan dengan lidah
Ø
bercakap perkara-perkara buruk dan keji
Ø
memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
Ø
gosok gigi setelah gelincir matahari
Ø
mencium isteri
Ø
menderma darah
p/s:
SELAMAT BERAMAL=).....


