Pages

Sunday, 21 July 2013

RAGAM BERBUKA... =b


Berjalan bersama kakak menyelusuri kawasan bazar ramadhan dekat perak ini banyak hidangan menghiasi tubir mata ketika itu Ana tersenyum sendirian sambil menjerit-jerit dalam hati"Nak yang tu.. em.. yang tu sedap juga eh colourfulnya kuih tu mesti sedap".

S  ambil tu kakak menggeleng di sebelah ana "H   ehehe naf su-naf su. Macam nak makan semua.. tapi tak taulah boleh habiskan ke tidak". Ujar kakak sambil tersengih. Ana membetulkan tudung di kepala. ehe kakak ni macam tau-tau jak apa yang ana tengah fikirkan.

"Ada sesetengah Negara yang sambut ramadhan dengan sangat dhaif, entah ada makanan ke tidak untuk berbuka dan sahur nanti" Tambahnya lagi terbayang di kepala keadaan saudara-saudara seislam yang memperjuangkan islam dalam medan jihad. Tapi, kat negara kita pun masih ramai yang miskin dan dhaif.  Ah culasnya Ana, masa berbuka semacam adat pula nak meraihkan kemenangan selepas seharian berpuasa sedangkan sepatutnya inilah masa untuk mengekang nafsu dan mendidik diri. Menyelami kepahitan mereka yang kesusahan.

"Air tebu tu macam sedap kan. Jom" Kak Gie menarik tangan Ana ke gerai dihadapan kami.



"Tapi, air jagung pun sedap jugak" Pintas Ana laju sambil tersenyum memandangnya. Bukan apa, kecur liur  terpandang air yang menjadi kegemaran Ana jika berbuka puasa itu biasanya hari-hari lain tak adalah pulak nak minum.. tapi time puasa ni pulak lah selera menjadi-jadi. Kak Gie gelak geli hati. "Kita beli dua-dua" Bisiknya. Ah sayangnya ngan kakak...hihihi.

"Nanti kita telef on kat rumah rasanya sekarang kat sana dah berbuka kan."
"Yup mesti mak risau kat kita" Maklumlah anak-anak di perantauan kena call rumah hari-hari. Kadang-kadang segan jugak.. asal call, mesti mak tanya "Ada duit belanja ke tidak?". "Ada mak mak ni kami call sebab rindu nak dengar suara mak bukan nak minta duit belanja. H  uhuhu". Tapi nak buat camne, hati seorang ibu mestilah macam tu " Kami sayang Mak selamat berbuka puasa semua adik-beradik dan f  amily yang jauh dari mata...

S  edikit perkongsian untuk diri aku, dia dan kamu:
   
Perkara-perkara sunat puasa:



Ø membanyakkan membaca al-Quran
Ø mandi junub sebelum fajar
Ø melewatkan sahur waktu imsak
Ø berbuka dengan buah tamar dan benda manis
Ø membanyakkan sedekah
Ø solat terawih
Ø segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa
Ø berkumur-kumur dengan keterlaluan
Ø merasa makanan dengan lidah
Ø bercakap perkara-perkara buruk dan keji
Ø memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
Ø gosok gigi setelah gelincir matahari
Ø mencium isteri

Ø menderma darah



p/s:
SELAMAT BERAMAL=).....

No comments:

Post a Comment