Pages

Sunday 1 September 2013

=')


Andai saat itu kau merasa rebah..
rebahlah pada pangkuan penciptamu
Di saat kau merasakan segalanya terlalu mustahil untuk dilalui..
ketahuilah tiada yang mustahil disisi ALLAH yang esa..


Di saat terlalu payah untuk kaki melangkah kehadapan..
ketahuilah, tidak ada sesuatupun yang dapat menghalang kehendakNYA.
Di saat mereka memanipulasikan segalanya..
yakinlah segalanya tetap dalam pengetahuan ALLAH...

ALLAH sentiasa ada untukmu ... 

wahai hati... kenali dirimu...jauh di dasar sana... kamu mengetahui sesuatu tentang dirimu...yang mereka tidak ketahui...maka maafkan mereka..

Meskipun kamu merasakan seisi dunia memusuhi mu..
ketahuilah ALLAH ada untuk mu..mengadulah pada yang layak... dan Pengaduan yang sebenarnya hanya pada ALLAH..

Dia sentiasa dekat dengan mu..
Jangan bersedih wahai hati... teruslah melangkah walaupun perlahan... jangan pernah berhenti


Sunday 21 July 2013

RAGAM BERBUKA... =b


Berjalan bersama kakak menyelusuri kawasan bazar ramadhan dekat perak ini banyak hidangan menghiasi tubir mata ketika itu Ana tersenyum sendirian sambil menjerit-jerit dalam hati"Nak yang tu.. em.. yang tu sedap juga eh colourfulnya kuih tu mesti sedap".

S  ambil tu kakak menggeleng di sebelah ana "H   ehehe naf su-naf su. Macam nak makan semua.. tapi tak taulah boleh habiskan ke tidak". Ujar kakak sambil tersengih. Ana membetulkan tudung di kepala. ehe kakak ni macam tau-tau jak apa yang ana tengah fikirkan.

"Ada sesetengah Negara yang sambut ramadhan dengan sangat dhaif, entah ada makanan ke tidak untuk berbuka dan sahur nanti" Tambahnya lagi terbayang di kepala keadaan saudara-saudara seislam yang memperjuangkan islam dalam medan jihad. Tapi, kat negara kita pun masih ramai yang miskin dan dhaif.  Ah culasnya Ana, masa berbuka semacam adat pula nak meraihkan kemenangan selepas seharian berpuasa sedangkan sepatutnya inilah masa untuk mengekang nafsu dan mendidik diri. Menyelami kepahitan mereka yang kesusahan.

"Air tebu tu macam sedap kan. Jom" Kak Gie menarik tangan Ana ke gerai dihadapan kami.



"Tapi, air jagung pun sedap jugak" Pintas Ana laju sambil tersenyum memandangnya. Bukan apa, kecur liur  terpandang air yang menjadi kegemaran Ana jika berbuka puasa itu biasanya hari-hari lain tak adalah pulak nak minum.. tapi time puasa ni pulak lah selera menjadi-jadi. Kak Gie gelak geli hati. "Kita beli dua-dua" Bisiknya. Ah sayangnya ngan kakak...hihihi.

"Nanti kita telef on kat rumah rasanya sekarang kat sana dah berbuka kan."
"Yup mesti mak risau kat kita" Maklumlah anak-anak di perantauan kena call rumah hari-hari. Kadang-kadang segan jugak.. asal call, mesti mak tanya "Ada duit belanja ke tidak?". "Ada mak mak ni kami call sebab rindu nak dengar suara mak bukan nak minta duit belanja. H  uhuhu". Tapi nak buat camne, hati seorang ibu mestilah macam tu " Kami sayang Mak selamat berbuka puasa semua adik-beradik dan f  amily yang jauh dari mata...

S  edikit perkongsian untuk diri aku, dia dan kamu:
   
Perkara-perkara sunat puasa:



Ø membanyakkan membaca al-Quran
Ø mandi junub sebelum fajar
Ø melewatkan sahur waktu imsak
Ø berbuka dengan buah tamar dan benda manis
Ø membanyakkan sedekah
Ø solat terawih
Ø segera berbuka bila masuk waktu

Perkara-perkara makruh puasa
Ø berkumur-kumur dengan keterlaluan
Ø merasa makanan dengan lidah
Ø bercakap perkara-perkara buruk dan keji
Ø memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
Ø gosok gigi setelah gelincir matahari
Ø mencium isteri

Ø menderma darah



p/s:
SELAMAT BERAMAL=).....

Tuesday 9 July 2013

Ahlan wa sahlan ya ramadhan….




assalamualaikum

Hari ini adalah hari terakhir ana praktikal di Al-Azhar Media Enterprise.. syukran atas segala kerjasama dan perkongsian ilmu di situ staff-staff (kak Diana,adawiyah,noor) mengenali kamu adalah detik bermakna untukku dan rakan praktikal dari kuis (aimi, jiha,hana,miza) semadikan memori kita bersama erk dan semestinya  sahabat dari Usim (fika,nurul,madihah,ummi) dan Upsi (kak fairuz) yang sangat sporting dan banyak memberi tunjuk ajar sesungguhnya kalian adalah diantara watak-watak yang menceriakan hari-hariku di senawang, seremban ini

Tidak lupa juga dengan Pengarah syarikat 1 ustaz khairi dan pengarah 2 ustaz nazrin yang selalu memberi tazkirah dan ilmu untuk kami jadikan pedoman pada masa mendatang

Di kesempatan ramadhan yang bakal kita jalani esok hari(1 syawal), semoga dimanfaatkan sebaiknya akhir kata thank you n forgive all sins I've done before semoga ramadhan ini meningkatkan amalan ibadah aku, 
dia dan kamu juga =)



P/s : Kurangkan kontrovesi,Tingkatkan amalan diri, masa lalu 
takkan kembali, jom berusaha mengejar redha illahi… 

Monday 3 June 2013

Jom mencari sesuatu yang bermakna =)

Dengan nama allah yang maha pengasih dan penyayang,,,

Dalam Menyelusuri Kehidupan Dewasa Ini, Terlalu Banyak Perkara Yang Berlaku Dalam Kehidupan Kita Semua. Kekadang Ianya Memaksa Kita Untuk Mengexploitasi Dan Mendalami Sekaligus Memahami Waqi' Disekeliling Kita Samada Baik Ataupun Buruk Dan Ia Juga Melatih Kita Untuk Bertindak Mengikut Keadaan Di Satu-Satu Tempat Dan Keadaan Tertentu. Begitulah Persekitaran Membentuk Diri Kita.

 Oleh Itu, Terdapat Formula-Formula Untuk Membentuk Kehidupan Yang Bermakna.. For Example:
                    i.        Mengisi Keperluan Orang Lain.
                  ii.        Menguasai Bidang Yang Diceburi Dengan Penuh Mahir.
                iii.        Memberi Sumbangan Di luar Jangkaan Orang Lain Sehingga Seolah-Olah Tiada Siapa Yang Dapat Menggantikan Kita .

Dan Ada Beberapa Perkara Yang Menyebabkan Seseorang Itu Merasa Bahagia Dan Mencapai Sesuatu:
  1. Tahu Tujuan Hidup
  2. Memiliki "Mastermind"
Hah.. inilah tips die.. sebenarnya ana baru terbaca bende ni kat sebuah buku ni.. tu yang rasa nak share Heee ana xmau Berjaya sorang2 hee'sweet' kan???

Bak Kata Prof.DR.Muhaya Sebenarnya Kita Semua Sudah Ada Nilai-Nilai Positif, Tetapi Tenggelam Oleh Persekitaran Apa Yang Perlu Kita Lakukan Ialah Koreksi Dan Tingkatkan Prestasi Diri.. Ngeh3x apa lagi.. mo lah kite mengejar redha ilahi……..



Tuesday 21 May 2013

ANDAI INI TERJADI ^_-


                                                      
Assalamualaikum =)

Setiap dari manusia terlibat dengan muamalah, terutama sekali melibatkan komunikasi dan perhubungan dengan orang lain dalam lingkaran kehidupan kita sendiri. Oleh itu  anda perlulah berhati-hati kerana mungkin anda tidak pernah terbayangkan jika satu hari nanti rakan terbaik anda akan mengkhianati kamu ( dah pernah ada pengalaman berapa tahun dahulu).. masa itu menangis tak berlagulah… apapun yang kamu nak katakan sudah tidak berguna lagi… terasa waktu terhenti seketika..menangis, stress hahaha (jahat tak)… gud bye lah. punah segala harapan… lebih sadis lagi, bila mereka mencantas usaha anda dan memburuk-burukkan anda dibelakang tanpa anda sedari… ketika itu berlaku.. kembalilah kepada tuhan, bacalah al-quran... tak mau stress-stress, jangan kalut-kalut.



 Mengadulah pada ALLAH mungkin kamu terlupa sesuatu, atau kamu telah alpa untuk mengadu pada pencipta dikala kamu mempunyai rakan baik mu itu.. so, jangan putus harapan. Kerana yakinlah allah pasti akan mengurniakan kamu seorang sahabat yang lebih baik dari rakan baikmu itu. Jadi kalau nak berrakan baik pun berpada-padalah, kalau dia sahabat baik maka dia akan menjaga maruah mu… dan ujilah sahabat mu itu dulu yeeeee…=)

P/S : "Istighfar, baca al-quran,solat dan bersangka baiklah kepada ALLAH dan orang lain"[PEACENOWAR]

Wednesday 15 May 2013

AMIN...=)


بسم الله الرحمن الرحيم



Ya Allah,

Sesungguhnya engkaulah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih…

Ya Allah,
Aku bermohon kepada-Mu agar ditiupkan keberanian dan kekuatan ke dalam jiwa-jiwa kami untuk  mengatasi cabaran dan dugaan dalam kehidupan pada masa akan datang…


 


 Ya Allah bantulah kami dalam melestarikan cita-cita agama, negara di samping menunaikan kewajipan kami sebagai pelajar...  semoga dapatlah kami mengharungi segalanya… dengan izin-Mu






Ya Allah selamatkanlah kami dari tipu daya dunia dan fitnah mereka-mereka yang mendengki kami…
Sesungguhnya, engkau yang memegang takdir kami.. amin…Ya Rabb..

Monday 13 May 2013

Terdetik seketika...


Asalamualaikum,….
Ini adalah kali pertama ana menulis dan memaparkan ia ke laman sosial… jadi secara peribadinya ana memohon maaf sekiranya apa yang bakal ana katakan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak selesa atau kurang senang di kalangan pembaca sekalian.
Di sini  ana ingin berkongsi sedikit cerita mengenai satu peristiwa. Hal ini berlaku di sekitar kampung ana. Bila anak-anak gadis sibuk dengan rambut berfesyen, dan anak muda pula dengan rambut warna-warni mereka. Sekilas pandang, dah macam pelangi kalau dilihat dari jauh.
  "Tak payah nak pakai tudung atau solat semua, kalau hati tak ikhlas same je".
Ana hanya menggeleng waktu kenalan ana ni jawab macam tu. Mengucap dalam hati. Dah macam tak ada pegangan agama. Berat sangat ni…
"Tapi enti, perkara wajib ni kita wajib buat walaupun terpaksa. InsyaAllah, ikhlas itu akan datang kemudian. Kalau rasa tak ikhlas juga, cuba minta dan pohon betul-betul pada Allah". Jawabku. Aku lihat dia memandangku kosong.
"Tapi, takde paksaan dalam islamkan?" Bidasnya semula.
"Sebenarnya enti, ayat tu menjelaskan memang takde paksaan dalam memilih agama. Tapi, bila enti dah memeluk islam ada beberapa perkara yang menjadi tuntutan wajib untuk dilaksanakan oleh seorang muslim". Sekarang aku lihat dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Takpun, kita buat macam ni. Esok enti free tak, ana nak ajak enti jumpa kakak  senior ana. InsyaAllah, dia mampu untuk jelaskan pada enti". Aku menunggu respon dari kenalan ana itu. Sebenarnya, hajat ana nak ajak dia pergi usrah sekali. He3…
Akhirnya dia mengangguk lambat-lambat. "Boleh juga". Katanya.
Dari situ aku membuat kesimpulan. Masyarakat hari ini bukannya tidak mahu untuk beruba tapi mereka memerlukan orang-orang seperti kita untuk menunjukkan mereka wasilah yang betul.
Mungkin dia(kenalan) tak sedar atau tidak pernah tahu sebenarnya, sesetengah perkara yang wajib itu, kadangkala perlu kepada paksaan dan insyaallah ikhlas itu akan menyusul kemudian. Mungkin dalam tidak disedari, dosa silam kitalah yang menyumbang kepada perkara itu berlaku. Cuba renung-renungkan… kita ni hanya manusia biasa. Matlamat hidup kita di dunia ini untuk mendapat keredaan dari Allah. Sebagaimana firman Allah:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku” 
(Adz-Dzariyat: 56)

Siapa kita? Dari mana kita datang? Kemana kita kembali? Untuk apa kita diciptakan?. Fikir-fikirkanlah bersama… semoga nukilan ringkas ini mampu menjentik hati kecil kita untuk menilai.
P/s: Don't  judge people easily, but try to approach them.=) [ PEACE NO WAR] heeeee.