Asalamualaikum,….
Ini adalah kali pertama ana menulis dan
memaparkan ia ke laman sosial… jadi secara peribadinya ana memohon maaf sekiranya
apa yang bakal ana katakan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak selesa
atau kurang senang di kalangan pembaca sekalian.
Di sini
ana ingin berkongsi sedikit cerita mengenai satu peristiwa. Hal ini
berlaku di sekitar kampung ana. Bila anak-anak gadis sibuk dengan rambut
berfesyen, dan anak muda pula dengan rambut warna-warni mereka. Sekilas pandang,
dah macam pelangi kalau dilihat dari jauh.
"Tak payah nak pakai tudung atau solat
semua, kalau hati tak ikhlas same je".
Ana hanya menggeleng waktu kenalan ana
ni jawab macam tu. Mengucap dalam hati. Dah macam tak ada pegangan agama. Berat
sangat ni…
"Tapi enti, perkara wajib ni kita
wajib buat walaupun terpaksa. InsyaAllah, ikhlas itu akan datang kemudian. Kalau
rasa tak ikhlas juga, cuba minta dan pohon betul-betul pada Allah". Jawabku.
Aku lihat dia memandangku kosong.
"Tapi, takde paksaan dalam
islamkan?" Bidasnya semula.
"Sebenarnya enti, ayat tu menjelaskan
memang takde paksaan dalam memilih agama. Tapi, bila enti dah memeluk islam ada
beberapa perkara yang menjadi tuntutan wajib untuk dilaksanakan oleh seorang
muslim". Sekarang aku lihat dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Takpun, kita buat macam ni. Esok enti
free tak, ana nak ajak enti jumpa kakak
senior ana. InsyaAllah, dia mampu untuk jelaskan pada enti". Aku menunggu
respon dari kenalan ana itu. Sebenarnya, hajat ana nak ajak dia pergi usrah
sekali. He3…
Akhirnya dia mengangguk lambat-lambat.
"Boleh juga". Katanya.
Dari situ aku membuat kesimpulan. Masyarakat
hari ini bukannya tidak mahu untuk beruba tapi mereka memerlukan orang-orang
seperti kita untuk menunjukkan mereka wasilah yang betul.
Mungkin dia(kenalan) tak sedar atau
tidak pernah tahu sebenarnya, sesetengah perkara yang wajib itu, kadangkala
perlu kepada paksaan dan insyaallah ikhlas itu akan menyusul kemudian. Mungkin dalam
tidak disedari, dosa silam kitalah yang menyumbang kepada perkara itu berlaku. Cuba
renung-renungkan… kita ni hanya manusia biasa. Matlamat hidup kita di dunia ini
untuk mendapat keredaan dari Allah. Sebagaimana firman Allah:
“Dan tidaklah Aku
jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku”
(Adz-Dzariyat: 56)
Siapa kita? Dari mana kita datang? Kemana
kita kembali? Untuk apa kita diciptakan?. Fikir-fikirkanlah bersama… semoga
nukilan ringkas ini mampu menjentik hati kecil kita untuk menilai.
P/s: Don't judge people easily, but try to approach
them.=) [ PEACE NO WAR] heeeee.
No comments:
Post a Comment